Monday, February 18, 2013

Hati kata rindu VS. Ego kata pergi

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh ... =)

Wow ! Sudah terlalu lama rasanye tidak membuka blOg ni. Bukan takat da bersarang bagai, kulat mulat sume da naik da.. :))

Apabila rindu meruntun kalbu, adakah hati akan menegakkan KERINDUAN tersebut, atau akan dikalahkan oleh benteng2 EGO yang amat menebal dalam hati? Well, aku just refer pada title blOg arini .. Actually, biler kite benar2 rindukan seseorang, kadang2 kite punye ego akan soh 'pergi main jauh2' .. Spashly, pada yang pernah terluka disebabkan seseorang itu .. Adekah aku rindukan seseorang itu? Ya !! Sudah semestinya !! Aku rindukan si kasut putih itu .. =)) ||Sile maafkan kaki aku bukan kaki model ye||

Takpelaa .. sebenarnye aku nak share satu buku ni yang aku beli bulan lepas .. Memang sangat best, dikarang oleh penulis yang kian mahsyur, Encik Hilal Asyraf. Tajuk buku ni "Sebelum Aku Bernikah : Berusaha Mencapai Mampu". Kalau aku nak cerita satu per satu, memang penuhhhhh laa entry ni jawabnye.. Tapi secara ringkasan, aku boleh petik daripada ayat Hilal sendiri - "Kalau betul cinta, masing2 akan berusaha mencapai syurgaNya. Apa2 sahaja yang menuju ke neraka, bukan cinta namanya" ..

Ya! Aku rasa aku amat bersetuju dengan kata2 Hilal Asyraf. Kerana kebejatan dan keruntuhan masyarakat sekarang adalah kerana rapuhnya tiang2 agama dalam diri kita. Sebelum menikah @ mendirikan rumahtangga, tidak ada persiapan yang mapan untuk mengemudi alam baru itu .. Asyik2 fikir, serOnoknyeeee da nikah ! Tak nak pulak pikir ape yang akan jadi 6 bulan lepas menikah tu .. Mula la masa tu menggagau, tareti masak laaa .. tareti mengemas laa. Pakai sepah2 sana sini, rumah dh ala2 macam tongkang pecah, taleh terima itu ..taleh ini.. dan macam2 lagi .. maklumla, masa bercinta semuanya tersisip kemas dalam poket2 sendiri. Lepas da kawen, tudiaaaaa ! :-"

Tu belum lagi cerita tentang hutang piutang before nak mendirikan masjid tu .. haihhh ~ tu yang paling memeningkan kepala semua panten2 baru .. Tambah plak jenis yang buat GRAND giler ala2-kenduri kerabat diraja. Humph~ Sendiri mau ingatlaaa kan pejadi pastu ...

Apa pun, masing2 kena sama2 saling mengingatkan n sama2 saling belajar memperbaiki diri dari masa ke semasa. Itu adalah lebih penting, sebab tanpa usaha dan toleransi, satu2 perkara tu takkan dapat diselesaikan secara baik pun. Akhir kata, aku rasa amat berterima kasih kepada Allah SWT kerana masih memberikan aku peluang sehari lagi untuk bernafas di muka bumi ini dan menulis entri kali ni .. Alhamdulillah, terima kasih Ya Rabb !~

Till next taim.. Tata-Titi-Tutu !!


No comments:

Post a Comment